Home Dunia Populariti Jacinda Ardern meningkat menjelang pilihan raya

Populariti Jacinda Ardern meningkat menjelang pilihan raya

Jacinda Ardern. foto Agensi

WELLINGTON – Parti pimpinan Perdana Menteri, Jacinda Ardern mendahului pesaingnya dalam undian pendapat terbaharu, meletakkan pemimpin berkarisma berusia 40 tahun itu berada pada landasan yang betul untuk mencatatkan kemenangan selesa pada piliihan raya September ini.

Undian yang dilakukan Newshub-Reid Research menunjukkan populariti Parti Buruh pimpinan Ardern meningkat sebanyak 60.9 peratus, tertinggi dalam sejarah undian itu.

Populariti parti pembangkang utama, Parti Nasional, yang terlibat dalam beberapa siri skandal dan pertukaran pemimpin merosot kepada 25.1 peratus, lapor Reuters.

Menurut kaji selidik itu, Parti Buruh yang kini bergabung dengan Parti Green dan Parti New Zealand First akan memenangi 77 daripada 120 kerusi Parlimen.

Ini bermakna Parti Buruh boleh memerintah tanpa memerlukan gabungan parti lain.

Populariti Ardern sebagai Perdana Menteri yang disukai melonjak kepada 62 peratus manakala populariti pemimpin Parti Nasional yang berusia 61 tahun, Judith Collins berada pada 14.6 peratus.

Ardern secara konsisten mendahului pesaingnya dan populariti beliau meningkat pada tahun ini apabila mendapat pengiktirafan denia terhadap kepimpinannya dalam menghadapi penularan wabak Covid-19.

Negara dengan 5 juta penduduk itu hanya merekodkan 1,206 kes Covid-19 setakat ini dengan 22 kematian.

Ardern mula terserlah pada 2017 apabila menjadi Perdana Menteri termuda New Zealand dan wanita ketiga memegang jawatan itu yang mencetuskan ‘Jacinda mania’ oleh sesetengah pihak.

“Saya mahu mesej ini boleh membawa kami kepada sokongan orang ramai kepada kerajaan dalam pemulihan dan rancangan tindakan Covid-19,” kata Ardern kepada Newshub sebagai reaksi kepada undian itu.

Pengerusi kempen Parti Nasional, Gerry Brownlee berkata, undian tersebut ‘tidak jujur’.

Collins memberitahu Reuters pada minggu lepas bahawa beliau yakin partinya akan membentuk kerajaan.

Ardern yang bersusia 40 tahun semalam memberitahu Newshub bahawa beliau merainya dengan dua orang anak perempuannya dengan pergi ke pantai. – Agensi