KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Tinggi mendapatinya bersalah terhadap tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International Sdn Bhd namun ia bukan penamat kepada perjuangan Datuk Seri Najib Razak.
Malah bekas Perdana Menteri itu tidak merasakan sokongan politiknya akan berkurangan kerana masih ada ruang untuk mencabar keputusan melalui Mahkamah Rayuan.
“Tidak, sebab ini adalah bukan the end of the world sebab ada proses rayuan dan kita harap akan berjaya nanti.
“Usaha akan diteruskan dan kepada penyokong saya, saya harap mereka dapat terus percayakan saya, percaya kepada susah payah kita, dan terus dalam positif,” katanya pada sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur malam ini.
Sementara itu, Najib tidak merasakan hukuman Mahkamah Tinggi terhadapnya hari ini akan menjejaskan UMNO sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan secara mengejut.
“Tak mungkin, ini kena tengok kepada interpretasi dari segi undang-undang,” katanya.
Dalam pada itu, Najib meletakkan keyakinan tinggi kepada kerjasama dan persefahaman antara Muafakat Naisonal (MN) dengan Perikatan Nasional (PN) kepada keutuhan kerajaan pada hari ini.
“Tidak semestinya, saya harap bila kita sebut kerajaan ini, kita ada semangat setiakawan sesama kita,” katanya.
Ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta UMNO tidak terpalit dengan seorang individu, Najib menyifatkan ia sebagai pendirian peribadi.
“Tidak, itu tiada masalah, orang boleh ada pandangan peribadi.
“Saya mungkin seorang individu tapi ramai lagi ada pandangan berbeza yang merasakan sesuatu yang lain,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Hebat DSNR …
KJ jugak yg bingai.
Harap dlm PRU UMNO akan calonkan Tim Presiden DS Mohamad Hassan sbg YB Rembau..KJ boleh jd calon bebas kat mana dia suka..
May God be with DSN in his effort to prove his innocence. Uttering “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” carries a lot of weight. Not many can do it. Only those whose conscience is clear.