KUALA LUMPUR – Pas akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Datuk Seri Mohd NajibĀ Razak hari ini, kata presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Pas menghormati proses mahkamah yang berteraskan prinsip Kedaulatan Undang-Undang (Rule of Law) yang didukung oleh Kerajaan Perikatan Nasional.
“Pas yakin Datuk Seri Najib akan memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk mendapat keadilan di mahkamah ke peringkat seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Bagaimanapun, menurut Hadi, Pas tetap menzahirkan komitmen bersama UMNO dalam Muafakat Nasional di samping terus memperkukuhkan Kerajaan Perikatan Nasional.- MalaysiaGazette
Ada 10 lagi hakim yang berpotensi boleh mendengar kes?
Harap mereka2 nanti hakim2 jenayah yang berpengalaman!