Home Utama UMNO tentukan hala tuju kerajaan PN dalam masa terdekat – Zahid

UMNO tentukan hala tuju kerajaan PN dalam masa terdekat – Zahid

KUALA LUMPUR – UMNO akan melakukan perbincangan dalaman bagi menentukan hala tuju kerajaan Perikatan (PN) selepas Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan UMNO tidak akan duduk diam dan akan melakukan sesuatu ekoran kes ini dalam masa terdekat.

“Maka tentunya ada sesuatu yang akan dilakukan oleh UMNO. Tunggulah keputusan-keputusan yang akan kami perbincangkan.

“Maka tentunya apa yang akan kami lakukan adalah tindakan bersifat usaha bagi menentukan hala tuju kerajaan yang ada sekarang,” katanya kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri prosiding ahli Parlimen Pekan yang juga bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini mendapati Najib bersalah terhadap tujuh dakwaan salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram SRC International bernilai RM42 juta.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan tujuh tuduhan ke atas ahli Parlimen Pekan itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO juga akur dengan keputusan itu sambil melahirkan rasa sedih terhadap nasib yang menimpa bekas Perdana Menteri itu.

“Saya bagi pihak UMNO akur dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah terhadap Datuk Seri Najib namun sebagai sahabat saya berasa simpati dan amat sedih dengan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah.

“Namun beliau (Najib) memberitahu saya, this is not the end of the world,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Jgn tunggu lagi ligan sama komidi dia bkn pm mau ugut kerajaan pula. Itu sudah satu kesalahan.

  2. Apa lagi..UMNO keluar je kerajaan…biar tumbang PN zalim ni…nak tubuh kerajaan Mudin boleh bubar parlimen…

  3. Ada deal ke dengan Midin? Kalau masuk PN boleh cuci dosa semua kes gugur atau tidak bersalah? Patutnya hormat pada keputusan mahkamah. Ni bila didapati bersalah takkan nak merajuk keluar PN?

Comments are closed.