Home Dunia Iran bedil kapal prototaip AS dengan peluru berpandu

Iran bedil kapal prototaip AS dengan peluru berpandu

Kapal pendaratan pesawat Amerika Syarikat di Selat Hormuz. foto Agensi

OMAN – Iran membedil kapal protaip pesawat Amerika Syarikat (AS) di Selat Hormuz.

Bedilan besar-besaran itu memaksa tentera AS meletakkan dua pangkalan serantaunya dalam keadaan berjaga-jaga.

Tentera laut AS mengecam “tindakan Iran yang tidak bertanggungjawab dan sembrono”, melabelnya sebagai usaha “untuk menakut-nakutkan dan paksaan”.

Latihan itu dilakukan ketika hubungan Tehran dan Washington tegang di perairan Teluk, disiarkan di stesen televisyen.

Kapal prototaip yang menyerupai kapal induk AS ke Teluk – diletakkan dengan jet tempur tiruan di kedua-dua bahagian pendaratannya.

Peluru berpandu Iran membedil dari pelbagai sudut, termasuk beberapa tempat yang ditujukan kepada kapal induk.

Peluru berpandu lain yang ditembak dari helikopter kelihatan menghentam sisi kapal perang palsu.

“Apa yang ditunjukkan hari ini dalam latihan ini, pada peringkat ruang angkasa dan angkatan laut, semuanya menyakitkan hati,” kata komandan Pengawal Revolusi Iran Mejar Jeneral Hossein Salami kepada televisyen milik kerajaan.

Tembakan peluru berpandu balistik dikesan dan menyebabkan tentera Amerika berjaga-jaga di Emiriah Arab Bersatu dan Qatar, kata tentera AS.

“Tentera Laut AS melakukan latihan pertahanan dengan rakan-rakan untuk mempromosikan keselamatan maritim dalam menyokong kebebasan pelayaran; sedangkan, Iran melakukan latihan menyerang, berusaha untuk menakut-nakutkan dan memaksa,” kata Komander Rebecca Rebarich, jurucakap Armada Kelima Angkatan Laut AS yang berpusat di Bahrain. – MalaysiaGazette