KUALA LUMPUR – Beberapa pemimpin Pas hadir memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak di kediaman bekas Perdana Menteri itu malam tadi.
Pemimpin Pas itu termasuklah presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Selain itu, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dan Setiausaha Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan.
Najib yang juga bekas Perdana Menteri berkata, mereka bersamanya ketika susah dan senang.
“Saya ada tetamu lewat malam tadi. Tidak perlulah saya mengulas panjang.
“Sahabat sejati bukan sahaja mereka yang bersama ketika susah atau senang. Tetapi juga mereka yang sentiasa mendoakan kita.
“Sahabat yang sejati sukar ditemui. Jika di sisi, saya hargai dan saya tahu itulah anugerah Allah SWT,” kata Ahli Parlimen Pekan yang didapati bersalah kes rasuah di mahkamah semalam.- MalaysiaGazette
Madey adalah org yg paling gembira dgn keputusan mahkamah terhadap kes DSNR. Dia telah memenjarakan DSAI.Selepas ini ramai lagi yg akan menjejaki
Friends can come and go in our lives, but only true friends will stay with us during difficult times. It is difficult to get true friends.
Rakyat akan bersama2 anda, PRU kecil Slim akan membuktikannya!
Jom semua penyokong2 MN kita ramai2 sokong Najib, kita buktikan kemenangan besar2an di Slim nanti!
Mahkamah dibawah pentadbiran PN sudah menjatuhkan hukuman 7-0 terhadap mantan PM Najib yg didapati bersalah atas semua pertuduhan.
Hukuman dunia bakal dihadapkan kepengadilan Allah di mahsyar.
.