Home Nasional Najib terharu lihat sokongan rakyat di mahkamah

Najib terharu lihat sokongan rakyat di mahkamah

Penyokong yang bersedih di luar pintu pagar mahkamah ketika hadir bagi memberi sokongan kepada Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan keputusan kes Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 28 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak terharu melihat ribuan hadir memberi sokongan moral kepadanya di mahkamah.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, mereka yang hadir itu termasuk yang bertongkat dan dipapah.

“Menerusi tingkap kereta pada mulanya dan ketika berjalan menuju ke mahkamah. Saya lihat wajah anak-anak muda dalam lingkungan 20-30-an. Saya lihat ada warga emas, pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik.

“Saya lihat ada golongan kurang berupaya di atas kerusi roda.
Rakan-rakan parti seperjuangan juga hadir. Dari utara, dari Pantai Timur,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya malam tadi.

Namun, Najib berkata, kebanyakan mereka tidak dikenalinya.

“Mereka bukan Tan Sri, mereka bukan Datuk Seri, mereka bukan orang kenamaan. Saya lihat rakyat dari segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Namun beliau yakin mereka menghormati perintah pihak berkuasa memastikan soal keselamatan terutama Covid-19 dipatuhi.

“Saya tertanya kepada diri, kemudian kepada pegawai ketika di perkarangan. Siapakah mereka? Mengapa mereka di sini? “They are here for you, sir”. Jawapan yang saya terima ini amat menyentuh hati.

“Saya diberitahu ada dalam kalangan mereka orang kampung. Ada di kalangan mereka pekerja kontrak. Ada di kalangan mereka peniaga kecilan, buka warung, pengusaha kantin,” kata Ahli Parlimen Pekan itu.

Menurut beliau, segenap lapisan masyarakat yang menerima manfaat dan bantuan daripada dasar ketika beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.

Secara ikhlas dari hati saya, saya nak sampaikan satu mesej kepada semua. Saya tidak dapat berjumpa, tidak dapat membalas ucapan sokongan saudara-saudari satu-satu.Maafkan saya. Izinkan saya sampaikan penghargaan di sini.

“Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih tidak terhingga.

“Tidak saya sangka. Saya ada ‘aset’ yang begitu bernilai dalam saudara-saudari.Persahabatan sejati. Di hari saya sudah tidak berkuasa ini. Di hari saya sudah tiada apa-apa. Saya masih ada persahabatan sejati dan sokongan ikhlas rakyat.

“Andalah rakan dan keluarga yang saya ada. Ini bukan pengakhiran.Perjalanan saya masih jauh dengan proses lanjutan di peringkat kehakiman seterusnya. Saya mahukan keadilan,” kata Najib.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan salah guna kuasa terhadap Najib.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kezaliman yg tak sudah2..moga DS Najib dipermudahkan, diberikan kekuatan dlm menempuhi fitnah manusia

  2. Mereka atau pihak2 yang sengaja mengenakan/menginaya Najib dengan mengarahkannya membayar cukai pendapatan LHDN sebanyak RM1.69 billion juga tidak akan dilepaskan! Ianya tidak masuk akal!

    Percayalah, rakyat akan bangun menentang kezaliman!

Comments are closed.