KOTA KINABALU – Polis mula mengadakan sekatan dan kawalan laluan pintu masuk utama ke Istana Negeri di sini malam ini susulan perkembangan politik semasa di negeri ini.
Pemerhatian Bernama mendapati suasana di pintu masuk istana juga dalam keadaan terkawal dan pengamal media sudah mula berkumpul di situ.
Bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman hari ini mendakwa telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu menerusi gabungan beberapa parti di negeri itu.
Semasa sidang akhbar terdahulu, Musa berkata beliau akan menyerahkan surat akuan bersumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengesahkan pendirian mereka untuk menyokong gabungan baharu yang diketuainya, kepada Tun Juhar.
Musa merupakan ADUN Sungai Sibuga dan penyandang kerusi tunggal UMNO di Dewan Undangan Negeri Sabah.
— BERNAMA
Haha.. mula2 ph dok nafi. Last last jd betul. Nampak gaya di selangor pun sama jugak, ph tgh kalut menafi. Kita tgk nak jd lagu ni dak kat selangor.