Home Nasional Polis rancang bina bangunan IPK, IPD baharu di bawah RMK-12

Polis rancang bina bangunan IPK, IPD baharu di bawah RMK-12

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor diiringi Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim (duduk, empat kanan) serta Ketua Polis Daerah Sentul, (duduk,empat kanan) ACP Shanmugamorty Chinniah bergambar dengan pegawai-pegawai tertinggi IPD Sentul pada Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di IPD Sentul, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 29 JULAI 2020

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang membina bangunan baharu ibu pejabat polis kontinjen negeri dan daerah di seluruh negara semasa Rancangan Malaysia ke-12. (RMK-12)

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, rancangan itu disusun dan dimasukkan di bawah Pelan Strategi Lima Tahun PDRM.

Katanya, langkah itu diambil untuk memberi wajah baharu kepada premis-premis polis yang daif dan ditelan usia sejak zaman darurat dan penjajahan British lagi.

“Saya tidak ada data atau angka sebenar berapa banyak IPK (Ibu Pejabat Polis Kontijen) dan IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah ) serta balai polis yang terlibat dalam rancangan ini tetapi percaya kita akan memulakan transformasi berkenaan dari pembinaan dan penambahbaikan IPK di setiap negeri mengikut perancangan strategik yang telah dirangka polis.

“Ini kerana ada diantaranya dibina sejak zaman darurat di Tanah Melayu sebelum dan selepas merdeka, perancangan digariskan untuk membina IPK baharu dan sudah tentu ia akan memakan masa lama.

“Kemudian kita akan fokus kepada ibu pejabat polis daerah dan juga balai baharu yang difokuskan dalam RMK-12yang diberi keutamaan kerana selama ini semua balai dan pondok polis beroperasi di rumah kedai sahaja setakat ini,” katanya selepas merasmikan IPD Sentul hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dan Ketua Polis Daerah, Sentul Asisten Komisioner S. Shanmugamurthy.

Tambah Mazlan, pengurusan tertinggi PDRM komited untuk mengurangkan operasi pondok dan balai polis dilakukan dari kedai yang sewa.

Katanya, ini perlu dihentikan kerana wang sewwan itu mampu membina bangunan tetap untuk operasi polis.

“Bukan sahaja di semenanjung tetapi juga di Sabah dan Sarawak banyak balai-balai yang daif yang perlu dinaiktaraf sesuai dengan sosioekonomi dan kepadatan penduduk demi menjamin kekuatan pasukan dan keselamatan penduduk.

“Jadi bawah pelan strategi lima tahun iaitu selaras dengan RMK-12 kita akan laksanakan kesemua pembaharuan dan pembangunan premis baharu operasi polis,” katanya.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Betulkan bangunan kerajaan dah buruk

    Di chini suap duit…suap joli karaoke
    Joli agensi kerajaan

    Air putus sokmo
    Api putus sokmo
    Jalan 10 tahun tak siap
    Peneroka makan pasir dan batu

    Lombong berlambak

    Balak habis

Comments are closed.