Home Nasional Program Subsidi Petrol (PSP) tidak diteruskan – KPDNHEP

Program Subsidi Petrol (PSP) tidak diteruskan – KPDNHEP

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang meneliti untuk menambah baik peraturan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi menangani isu ketirisan penjualan minyak petrol bersubsidi (RON95) kepada pemandu kenderaan asing.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memuktamadkan untuk tidak akan meneruskan program subsidi petrol (PSP).

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), perkara itu akan dibawa ke jemaah menteri untuk memuktamadkan pendirian kerajaan.

“Pada 9 Julai pihak KPDNHEP dan Kementerian Kewangan mengadakan mesyuarat berkenaan hala tuju program susbsidi petrol ini dan memutuskan 2 perkara: Pertama, KPDNHEP dan Kementerian Kewangan bersetuju untuk tidak melaksanakan PSP.

“Kedua, Kementerian Kewangan akan menyediakan Memorandum Jemaah Menteri untuk memuktamadkan pendirian kerajaan berkaitan PSP,” kata timbalannya, Datuk Rosol Wahid.

Program Subsidi Petrol (PSP) diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 7 Oktober tahun lalu telah mengumumkan pelaksanaan PSP bermula Januari 2020 seiring manifesto PH.

Sejumlah RM2.4 bilion diperuntukkan Kerajaan bagi pelaksanaan PSP menerusi Belanjawan 2020 dengan jumlah penerima manfaat seramai lapan juta orang daripada kelompok B40 dan M40.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, Kabinet memutuskan supaya pelaksanaan PSP tidak diteruskan sehingga ditentukan kelak bagi memberi lebih ruang kepada penerangan dan penjelasan untuk rakyat. – MalaysiaGazette