Home Ekonomi Ringkaskan proses permohonan dan dokumentasi- BNM

Ringkaskan proses permohonan dan dokumentasi- BNM

Bank Negara
Logo Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) telah berhubung dengan bank-bank supaya menyediakan proses permohonan dan dokumentasi yang ringkas kepada pemohon lanjutan moratorium dan bantuan bank yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini.

Selain itu, bank pusat itu dalam satu kenyataannya berkata, pelanjutan moratorium dan bantuan yang telah diberikan bagi meringankan beban rakyat susulan pandemik Covid-19 tidak akan dimasukkan ke dalam laporan CCRIS peminjam.

“Bagi mendapatkan kemudahan-kemudahan tersebut, para peminjam perlu membuat permohonan terus kepada bank masing-masing bermula 7 Ogos ini.

“Bagi meredakan kebimbangan para peminjam yang mempunyai hutang dengan pelbagai bank, mereka boleh menghubungi pusat sehenti yang berkaitan seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Skim Penyelesaian Hutang Kecil (SDRS).

Tambahnya, BNM akan memantau progress bank-bank di dalam membantu peminjam yang mungkin terus menghadapi masalah kewangan sementara.- MalaysiaGazette