
RIYADH – Sheikh Abdullah Bin Suleiman Al-Manea, Ahli Majlis Sarjana dan Mahkamah Diraja akan menyampaikan khutbah semasa Aidiladha nanti.
Pengumuman ini dibuat selepas mendapat kelulusan Raja Salman, Penjaga Dua Masjid Suci.
Minggu lalu, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, Ketua Presiden Umum Urusan Dua Masjid Suci, memaklumkan khutbah pada tahun ini akan diterjemahkan menjadi 10 bahasa dalam usaha menyampaikan mesej Islam kepada khalayak seluas-luasnya. – MalaysiaGazette