Home Dunia 12 terbunuh, 13 cedera dalam pertempuran di Filipina

12 terbunuh, 13 cedera dalam pertempuran di Filipina

MANILA – Seramai 12 orang termasuk dua tentera, terbunuh dan 13 lagi cedera dalam pertempuran antara askar kerajaan dan pengganas di wilayah Maguindanao di selatan Filipina, lapor agensi berita Xinhua.

Leftenan Kolonel Anhouvic Atilano berkata, tentera mengesan pemimpin Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF), Hassan Indal, yang dilaporkan berada di sebuah kampung dekat bandar Datu Salibo kira-kira 5.30 pagi waktu tempatan.

Ketika pertempuran berlangsung selama hampir enam jam, tentera memutuskan untuk berundur selepas mendapati BIFF menghantar lebih banyak anggota.

Atilano berkata sejumlah pengganas dilaporkan cedera dalam pertempuran itu, namun tidak dapat dipastikan berapa ramai.

BIFF, terdiri kira-kira 200 hingga 300 anggota, dituduh bertanggungjawab atas pengeboman dan kekejaman lain di Mindanao Tengah di selatan Filipina. – MalaysiaGazette