Home Politik Ketua Armada: Saya calon wajib menang – Wan Ahmad Fayhsal

Ketua Armada: Saya calon wajib menang – Wan Ahmad Fayhsal

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bercakap semasa temubual khas bersama Malaysia Gazette di Menara KBS, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 28 JULAI 2020

PUTRAJAYA – Calon Ketua Armada Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal meluahkan keyakinan tinggi beliau adalah calon wajib menang pada pemilihan sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada bulan depan.

Mantan Timbalan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa ARMADA, itu berkata, ini kerana beliau adalah wakil tunggal dari Armada dalam kerajaan ketika ini yang memikul beban dan amanah untuk membantu sayap itu.

Beliau yang baharu memenangi Ketua Bahagian Bersatu Titiwangsa berkata, peluang kelonggaran dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan digunakan ketia ini untuk bertemu akar umbi di peringkat bawah selepas kempen pemilihan tertangguh kerana PKP sebelum ini,

“Semua sudah maklum, Bersatu kini dilanda krisis yang serius dan salah satu tunjang manisfesto saya adalah penyatuan ahli-ahli Armada. Saya tidak ada kapal dan saya milik semua ahli Armada di seluruh negara.

“Saya bertanggungjawab selepas ini dan Insya-Allah jika dipilih Ketua Armada Nasional dan menyatu fraksi-fraksi yang wujud dala sayap bersatu agar Bersatu dapat bergerak satu suara  dan satu saf menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Kementeria Belia dan Sukan di sini semalam.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bercakap semasa temubual khas bersama Malaysia Gazette di Menara KBS, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 28 JULAI 2020

Wan Ahmad Fayhsal akan menentang Exco Armada, Muzzammil Ismail dalam pertandingan dua penjuru pada pemilihan Ketua Armada Nasional yang dijadual berlangsung pada 15 Ogos ini.

Sebelum ini beliau berdepan pertandingan penjuru iaitu dua calon termasuk bekas bosnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahmad dan bekas Ketua Armada Cawangan Sea View Park, Razalif Mohd. Zain.

Namun Razalif dilucutkan kelayakan bertandingan atas faktor tidak cukup setahun menjadi ahli Bersatu walaupun beliau mendakwa telah menjadi ahli parti itu di awal penubuhan pada tahun 2016.

Syed Saddiq pula digugurkan keahlian daripada Bersatu pada 28 Mei lalu atas alasan duduk di bangku pembangkang ketika persidangan pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Mengulas beliau adalah calon pilihan apatah lagi Muzzammil telah berdepan kontroversi, Wan Ahmad Fayhsal menyerahkan kebijaksanaan kepada ahli-ahli untuk membuat penilaian.

“Saya fikir ahli-ahli Armada bijak menilai walaupun mereka masih baharu dalam politik tetapi ada integiriti yang tinggi.

“Apa-apa isu yang libat saya dan beliau, saya serahkan kepada akar umbi tentukan dan yang penting masing-masing ada tawaran yang baharu dan ada niat baik untuk membantu presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin menuju PRU15,” katanya.

Awal bulan ini, Muzzammil pula mencetuskan kontrovesi apabila suratnya kepada Menteri Besar Kedah yan baharu, Muhammad Sanusi Md Nor tersebar untuk memohon dipertimbangkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ini mencetuskan spekulasi Muzzammil akan mengumumkan penarikan diri pada saat-saat akhir kerana beliau bakal diberikan jawatan tertentu. – MalaysiaGazette

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal semasa temubual khas bersama Malaysia Gazette di Menara KBS, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 28 JULAI 2020