BERLIN – Bayern Munich membuka penjualan bintang perancang tengahnya Thiago Alcantara pada musim panas ini.
Bagaimanapun dua kelab elit Liga Perdana Inggeris (EPL) di England iaitu Manchester United dan Liverpool yang sedang berlumba mendapatkan khidmat pemain itu bagaimanapun dikehendaki membayar sejumlah dana bernilai £27.3 juta.
Itu klausa pelepasan yang dimuktamadkan pasukan gergasi Bundesliga Jerman itu terhadap mana-mana kelab elit yang berminat terhadap pemain itu.
Pemain itu mempunyai kontrak berbaki setahun lagi bersama Bayern dan belum memulakan rundingan untuk menyambung kontrak di Allianz Arena.
The Red Devils kendalian Ole Gunnar Solskjaer didakwa turut berminat dengan pemain itu dan hampir mengikat khidmatnya pada 2013.
Kini Liverpool dikhabarkan kuat dengan pemain berusia 29 tahun itu yang mana laporan di England mendakwa the Kops sudah mempersetujui terma peribadi bersama Alcantara.
Menyedari pelbagai khabar angin mengaitkan Alcantara akhirnya Bayern telah membuat keputusan untuk melepaskan pemainnya kepada mana-mana kelab yang memenuhi nilai kluasa yang ditetapkan.
Bayern juga bertegas tidak akan melayan sebarang rayuan atau diskaun pada nilai tersebut.
Liverpool bagaimanapun dikatakan tidak mahu terburu-buru untuk melabur ke atas Alcantara dengan mengambil kira faktor usia dan juga dilema rekod kecederaan pemain itu.
Justeru Bayern juga dikatakan sedia melepaskan satu lagi pemain pentingnya Corentin Tolisso yang sedang diburu oleh Solskjaer.
Jurgen Klopp pula enggan mengulas lanjut mengenai Alcantara tetapi sekadar menjelaskan:” saya tidak ada idea siapa akan beraksi dalam pasukan saya tahun depan dan saya tidak boleh komen apa-apa mengenainya buat masa ini.
“Alcantara seorang pemain yang baik dan juga pemain penting Bayern dan itu yang saya boleh huraikan sekarang,”.
Penghijrahan Alcantara ke Anfield juga bergantung kepada masa depan Georginio Wijnaldum yang mempunyai kontrak setahun lagi bersama Liverpool.
Perancang tengah itu dikatakan belum bersetuju sebarang kontrak baharu bersama the Reds.-MalaysiaGazette