KUALA LUMPUR – “Jangan Mimpi,” kata Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan mengenai hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mahu bertanding di 45 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Malah beliau mencadangkan kepada Bersatu Sabah ‘Kalau nak bersahabat dengan UMNO, buat cara bersahabat’.
“Kita boleh berbincang. Kita boleh berunding. UMNO Sabah punyai autonomi menentukan hal calon dan kerusi yang ditandingi.
“Tetapi kalau sebelum berunding pun PPBM sudah ghairah mengiklan hasrat bertanding 45/73 kerusi, itu bukan langkah berlandaskan kebijaksanaan atau keikhlasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini berkata, parti itu bersedia untuk bertanding di 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN akan datang.
Katanya, Bersatu Sabah akan mengemukakan calon berwibawa, berkredibiliti dan boleh menang bagi memenangi kerusi yang bakal ditandingi pada PRN itu.
Menurut Shahril, UMNO mempunyai cita-cita berlandaskan kekuatan parti dalam menjayakan agenda rakyat Sabah, namun cita-cita itu disulami kebijaksanaan dengan mengambil langkah menghormati proses perundingan.
“Saya yakin Dato’ Sri Bung Moktar dan pasukan UMNO Sabah bijak mengurus lanskap terbaru ini,” ujarnya.
Tambah beliau, keutamaan diberikan untuk memperkasa agenda rakyat di Sabah disamping memperjuang maruah UMNO Sabah yang terus diangkat berasaskan kesetiaan pemimpin dan ahlinya yang setia, tatkala ramai lain memilih jalan mudah dahulu.
Bagi Bersatu Sabah beliau mensihatkan supaya berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan atau bertindak kerana setiap tindakan itu akan memberi kesan sampai ke akar umbi, dan tia idak terhad ke Sabah sahaja. – MalaysiaGazette
ARMADA BERSATU cermin diri apabila bercakap. UMNO BN tidak kalah di Sabah pada PRU 14 tetapi sebab PH WARISAN beli ADUN untuk bentum kerajaan pintu belakang atau kerajaan tebuk atap. Kenapa SPRM tak siasat mass tu. Kenapa sekarang sibuk nak siasat.
X guna semua. Sibuk dengan politik x habis2, keselamatan negara makin terancam. Media luar dah banyak Siar tentang usaha filipina nak tuntut sabah tap orang2 politik masih sibuk nak jaga perut sendiri tanpa fikir maruah negara.
Betul tu…bila si Hajiji tu keluar kenyataan melulu, dia tak fikir kah parti lain dalam PN?? tapi tak pe lah kalau dia nak bertanding lawan UMNO, sila kan saja…