Home Nasional Aliran trafik beberapa lebuh raya utama perlahan

Aliran trafik beberapa lebuh raya utama perlahan

Sebanyak 1.6 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menjelang perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Aliran trafik dilaporkan bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama setakat pagi ini berikutan orang ramai mula pulang ke rumah masing-masing selepas cuti sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata setakat 10.30 pagi ini, trafik di utara perlahan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar (kawasan mendaki Bukit Berapit), kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak ke Terowong Menora dan Simpang Pulai ke Gopeng ekoran pertambahan trafik.

“Trafik menghala ke selatan masih terkawal dan bergerak lancar,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik menuju ke pantai timur bergerak perlahan dari R&R Genting Sempah ke Terowong Genting Sempah arah barat, sebelum Plaza Tol Bentong arah Barat, dan sebelum Plaza Tol Karak arah Barat

Maklumat trafik terkini boleh didapati menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter, www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter, www.twitter.com/llminfotrafik. – MalaysiaGazette