Home Utama Kluster Sivagangga: Lima sekolah di Kedah ditutup serta merta

Kluster Sivagangga: Lima sekolah di Kedah ditutup serta merta

Kluster Sivagangga
KUALA LUMPUR – Lima sekolah di Kedah yang membabitkan daerah Kubang Pasu dan Padang Terap ditutup berkuat kuasa serta merta bermula hari ini hingga 29 Ogos depan.
Tindakan itu diputuskan kerajaan negeri dalam usaha menyekat penyebaran wabak Covid-19 yang berkait rapat dengan kluster Sivagangga.
Lima sekolah itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba, SMK Megat Dewa, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba dan SK Megat Dewa di Kubang Pasu dan di Padang Terap melibatkan SK Kubang Palas.
Kenyataan itu menyebut lagi, hasil mesyuarat diadakan hari ini, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar di Mukim Ah, Mukim Hosba dan Mukim Binjal (Kubang Pasu) serta Kampung Ulu Padang Sanai (Padang Terap).
“Ia melibatkan kawalan pergerakan orang awam pada radius satu kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Napoh yang terlibat,” katanya. – MalaysiaGazette