KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Mira Filzah mendedahkan sikapnya yang tidak konsisten dan berdisiplin sehingga giginya bergerak semula menyebabkan dia telah memakai pendakap gigi (braces) sebanyak dua kali ketika zaman persekolahan.
Menjawab soalan yang ditanyakan oleh netizen di Insta Story, wanita berusia 27 tahun itu memberitahu, dia terpaksa berbelanja puluhan ribu ringgit untuk menjalani rawatan tersebut berikutan sikapnya yang tidak berdisiplin.
Jelas tunang kepada anak timbalan menteri itu, dia sudah menghabiskan RM12,500 untuk aligners bahagian gigi bawah.
“OMG, OMG hahaha ya. Dua kali! Pertama kali pakai braces masa tingkatan empat atau lima macam tu. Tapi malas pakai retainer. Kemudian gigi gerak balik.
“Selepas tiga atau empat tahun, pakai aligners dekat gigi bawah sahaja, yang berjumlah RM12,500 tapi malas pakai, apa pun tak jadi.
“Susah ya pakai ni, awak kena buka setiap kali nak makan. Nak sip kopi pun kena buka. Tidur pun kena pakai. Eeee.
Sementara itu, Mira berkata, pemakaian pendakap gigi memerlukan komitmen yang tinggi. – MalaysiaGazette