Home Dunia Trump bakal haramkan aplikasi TikTok

Trump bakal haramkan aplikasi TikTok

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan menandatangani perintah eksekutif pada 1 Ogos untuk melarang TikTok sekaligus memberi tekanan kepada pemilik aplikasi yang berpangkalan di China untuk menjualnya.

Langkah itu akan menjadi kemuncak kebimbangan keselamatan AS terhadap keselamatan data peribadi yang diuruskan TikTok.

Tindakan ini akan menjadi tamparan besar bagi pemilik TikTok, ByteDance yang berpusat di Beijing, yang menjadi salah satu daripada segelintir konglomerat China yang berjaya mengkomersialkan aplikasi.

Pengumuman yang dibuat oleh Trump susulan rundingan antara White House, ByteDance dan bakal pembeli TikTok, termasuk Microsoft pada hari Jumaat lalu.

Mereka gagal mencapai kesepakatan yang akan mengakibatkan syarikat China terpaksa menghentikan operasi aplikasi di AS, menurut sumber.

Rundingan tersebut dijangka diteruskan dalam beberapa hari ini.

Walaupun Microsoft sudah memiliki rangkaian media sosial sosial profesional LinkedIn namun ia akan menghadapi rintangan dalam memperoleh TikTok daripada pesaingnya seperti Facebook, kata sumber.

ByteDance memberi penilaian harga TikTok melebihi AS$ 50 bilion dan desakannya untuk mengekalkan kepentingan minoriti dalam aplikasi itu telah merumitkan perbincangan.

Tidak jelas apakah puncanya pentadbiran Trump melarang TikTok, yang memiliki hingga 80 juta pengguna aktif bulanan di AS.

Malah, setakat ini juga tidak jelas bagaimana larangan itu akan dilaksanakan dan hukuman yang bakal dihadapi.

ByteDance, Microsoft dan Jabatan Perbendaharaan AS yang mempengerusikan panel kerajaan yang untuk mengkaji pemilikan TikTok enggan mengulas.

“Kami tidak memberi kenyataan berdasarkan spekulasi. Kami yakin dalam kejayaan jangka panjang TikTok,” ujar TikTok dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette