Home Sukan Arteta buru Rakitic

Arteta buru Rakitic

Rakitic dalam radar Arsenal

LONDON – Mikel Arteta dilaporkan sedang mengintai rapat bintang perancang tengah Barcelona, Ivan Rakitic untuk menguatkan pasukannya menjelang musim Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2020/21.

Rakitic dikatakan tidak lagi berminat kekal di Nou Camp dan sedang mempertimbangkan peluang baharu ke kelab lain di Eropah.

Arteta selaku Pengurus the Gunners dikatakan menghubungi Rakitic secara peribadi dan memujuk supaya berhijrah ke Stadium Emirates.

Bagaimanapun Rakitic juga dikaitkan dengan the Red Devils sebelum dinafikan oleh kelab tersebut.

Arteta dalam perbualannya bersama Rakitic mahu pemain Croatia itu mengetuai jentera tengah pasukan dalam EPL nanti.

Arteta sedang dalam proses melakukan rombakan terhadap pasukannya walaupun disediakan dana yang terhad.

Kontrak Rakitic bersama the Catalans tamat musim depan dan pemain berusia 32 tahun itu dijangkakan boleh direkrut dengan yuran yang lebih rendah.

Namun laporan terbaharu dari La Liga mendakwa Rakitic tidak berhasrat untuk menyertai kelab EPL.

Sebaliknya pemain itu dikatakan lebih berminat untuk berhijrah ke kelab Serie A Itali atau bersama kelab lain dalam La Liga.

Barcelona sedang berdepan krisis kewangan dan dijangka melepaskan beberapa pemain untuk menjana dana.

Justeru Barcelona juga dikatakan mahu membeli pemain Inter Mila Lautaro Martinez namun gagal memenuhi tuntutan yuran dengan kluasa pelepasan berjumlah £98.8 juta pound.

Arsenal bakal kehilangan khidmat Dani Ceballos yang akan kembali semula ke Real Madrid sementara Mesut Ozil juga bakal dijual oleh Arteta.-MalaysiaGazette