Sebanyak dua kes positif Covid-19 direkodkan untuk tempoh 24 jam sehingga pukul 12 tengahari manakala empat kes yang telah pulih Covid-19 untuk tempoh tersebut.
Berikutan itu, jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,668 kes atau 96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham berkata, kedua-dua kes itu adalah penularan di dalam negara melibatkan warga tempatan.