Home Utama Malaysia tidak hentikan prosiding IPIC di London

Malaysia tidak hentikan prosiding IPIC di London

idrus harun
Idrus Harun

KUALA LUMPUR – Peguam Negara mengesahkan tiada tindakan menghentikan prosiding Mahkamah di London terhadap International Petroleum Investment Corporation (IPIC)  diambil untuk membatalkan Perjanjian Penyelesaian antara firma itu dan 1MDB yang dibuat pada tahun 2017.

Tan Sri Idrus Harun berkata, kerajaan sentiasa bersifat terbuka sekiranya terdapat tawaran yang sejajar dengan prinsip dan tanggungjawab Kerajaan Malaysia, iaitu memastikan aset-aset negara dipulangkan dan pada masa sama keadilan ditegakkan.

Sehubungan itu, katanya, perbincangan sentias dilakukan antara kedua-dua kerajaan termasuk sewaktu Kerajaan Pakatan Harapan dan kerajaan sekarang.

Perbincangan ini, katanya, tanpa penglibatan mana-mana pihak, hanya melibatkan pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sahaja. – MalaysiaGazette