Home SISWA Pemandu UTeM diberi pendedahan pemanduan

Pemandu UTeM diberi pendedahan pemanduan

KUALA LUMPUR – Bagi memastikan kumpulan pemandu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sentiasa peka dan berkepakaran tinggi dalam pemanduan maka Pejabat
Pengurusan Kenderaan Universiti (PPKU), UTeM telah menganjurkan kursus “Respect Your Limit” baru-baru ini.

Program itu telah dikendalikan oleh penceramah jemputan dari Jabatan Keselamatan
Trafik Plus Expressway (PLUS).

Penolong Naib Canselor, (Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti) UTeM), Prof.
Madya Ts. Rahimi Yusoff menyatakan kursus tersebut amat penting bagi mendedahkan kepada para pemandu mengenai pelbagai sistem yang digunapakai oleh pihak PLUS, cabaran dan isu yang dihadapi oleh mereka.

Jelasnya, para peserta telah diberi pendedahan menyeluruh mengenai Sistem Jalan Raya serta Papan Tanda yang diguna pakai mereka, cara operasi harian PLUS,  faktor-faktor dan punca-punca kemalangan yang berlaku, pelbagai isu yang timbul serta cabaran kenderaan berat sewaktu berada di lebuh raya.

Tambah beliau, kursus sedemikian amat sesuai untuk kelompok sasaran iaitu para
pemandu kenderaan UTeM atas tugas mereka yang sentiasa dalam mod pemanduan dan berada di atas jalan raya untuk memastikan mereka tahu dan peka akan sistem dan langkah-langkah yang diguna pakai oleh pihak PLUS. – MalaysiaGazette