Home Politik Sogok: Mahathir mudah lupa – Puad

Sogok: Mahathir mudah lupa – Puad

Puad Zarkashi
Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan apa yang berlaku di Sabah hingga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah terpaksa dibubarkan adalah contoh rasuah yang paling buruk.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu bertanya, adakah Mahathir lupa tindakannya menerima Ahli Parlimen UMNO yang melompat parti, bukankah mereka juga disogok.

Malah, soalnya, apakah tindakan Mahathir memberikan jawatan Menteri Kewangan kepada Lim Guan Eng bukan rasuah sedangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa bekas Perdana Menteri itu telah berjanji untuk melantiknya menerajui Kementerian Kewangan.

Mohd Puad mendakwa Mahathir ‘menipu’ Muhyiddin untuk memastikan DAP tidak lari dan menyokongnya menjadi Perdana Menteri.

”Bahkan DAP dapat 6 jawatan Menteri. Itu bukan sogokan? ‘Kini Mahathir tuduh 13 ADUN Sabah yang belot itu disogok,” ujarnya.

Malah, katanya, Mahathir mendakwa rasuah kembali di Sabah kerana ia didokong oleh orang yang dulu kuat menentang rasuah tentunya individu yang dimaksudkan beliau ialah Muhyiddin.

”Tuduhan itu dibuat kerana Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Nardin, Setpol (Setiausaha Politk) Muhyiddin turun ke Sabah dan jumpa TYT (Yang Dipertua) Sabah,” tambah Mohd Puad.

Beliau berkata, inilah musibah apabila kerajaan majoriti hujung tanduk.

”Gejala sogok bermaharajalela. Sebab itu bubar sahaja Parlimen. Biar rakyat pilih kerajaan majoriti kukuh,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Diharap Tok Guru Haji Hadi & Dato Zahid x termakan pujuk rayu mereka2 yg nk merosakkan perpaduan dlm MUAFAKAT NASIONAL ANTARA BARISAN NASIONAL DAN PAS

Comments are closed.