Home Politik Wanita PH selar timbalan menteri siar gambar anak mangsa bunuh

Wanita PH selar timbalan menteri siar gambar anak mangsa bunuh

Siti Zailah Mohd Yusoff KPWKM unnatural sex women family children rape incest
Siti Zailah Mohd Yusoff

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat didakwa tidak bertanggungjawab apabila berkongsi gambar ketika menziarahi seorang remaja perempuan, anak kepada mangsa pembunuhan baru-baru ini.

Gambar kanak-kanak itu telah tular di media sosial dan turut dijadikan bahan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia pada hari ini.

Tragedi dan keadaan traumatik kanak-kanak itu sepatutnya tidak disebarkan untuk tontonan umum, apatah lagi dijadikan ruang oportunis meraih sokongan politik, kata Wanita Pakatan Harapan yang kecewa dan dukacita dengan perkembangan itu.

Ketua Wanita PKR, Parti Amanah Negara dan DAP dalam kenyataan bersama menyifatkan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff telah cuai dalam melindungi hak kanak-kanak.

“Sebagai kementerian utama yang menjadi pemegang taruh terpenting isu kanak-kanak di Malaysia, beliau seharusnya lebih peka dan sensitif terhadap hak kanak-kanak tersebut dan menjadi teladan baik kepada orang awam dan pihak media,” kata Fuziah Salleh, Aiman Athirah dan Chong Eng dalam kenyataan bersama.

Malah mereka menegaskan tindakan tidak bertanggungjawab Siti Zailah itu adalah salah di bawah Akta Kanak-Kanak.

“Wanita Harapan menggesa semua pihak termasuk pimpinan Kerajaan Perikatan Nasional dan Utusan Malaysia memahami dan menghormati perundangan sedia ada yang melindungi kanak-kanak di Malaysia,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tindakan pemakan bangkai yang sentiasa menunggu dan memerhati kesilapan dan kealpaan yang kononnya mangsa mereka.
    TO ERR IS HUMAN. —– TO FORGIVE IS DIVINE — TO ATTACK IS BEASTLY……….

Comments are closed.