Mahkamah Sesyen Antipemerdagangan Orang (ATIP), Mahkamah Klang di sini, menetapkan 19 Ogos ini untuk menjatuhkan hukuman ke atas seorang pemandu lori yang melacur anak perempuan dan isteri.
Hakim Datuk Zamzaini Mohd Zain ketika menetapkan tarikh jatuh hukum itu, tidak mengenakan sebarang ikat jamin, selepas lelaki itu yang merupakan bapa kandung kepada remaja terbabit mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.