Home Ekonomi IHPrP suku kedua naik 0.4%

IHPrP suku kedua naik 0.4%

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPrP) bagi suku tahun kedua 2020 meningkat 0.4 peratus kepada 110.0 berbanding 109.6 pada suku tahun yang sama tahun sebelumnya.

Subsektor utama yang menyumbang kepada peningkatan ini ialah indeks Penginapan; Aktiviti Perkhidmatan Makanan & Minuman (1.2%), Kesihatan (1.2%), Pendidikan (0.8%), Pengangkutan (0.6%) dan Aktiviti Hartanah (0.4%). Manakala indeks menurun bagi Kesenian, Hiburan & Rekreasi (1.2%), Profesional (0.1%) dan Maklumat & Komunikasi (0.1%).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, bagi perbandingan secara suku tahunan menunjukkan indeks bagi suku tahun kedua 2020 meningkat 0.2 peratus.

Peningkatan ini disumbang oleh subsektor Kesihatan (1.0%), Pengangkutan (0.5%), Pendidikan (0.3%), Aktiviti Hartanah (0.3%) dan Penginapan; Aktiviti Perkhidmatan Makanan & Minuman (0.2%).

Sementara itu, indeks menurun bagi subsektor
Maklumat & Komunikasi (0.1%), Profesional (0.1%) dan indeks Kesenian, Hiburan & Rekreasi adalah kekal tidak berubah. – MalaysiaGazette