Home Nasional Kes banglo Guan Eng kembali ke mahkamah?

Kes banglo Guan Eng kembali ke mahkamah?

Gambar Hiasan. foto MOHD ADZLAN, 06 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Jika semalam bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditahan dan dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan meminta suapan daripada projek terowong dasar laut bernilai berbilion ringgit.

Hari ini kecoh mengenai dakwaan kes banglo yang dibeli pada harga di bawah paras harga pasaran mungkin dibawa ke mahkamah di Pulau Pinang pada minggu depan.

Malah terdapat desas desus yang mengatakan isteri Guan Eng, Betty Chew yang dipanggil SPRM Pulau Pinang untuk siasatan kini telah ditahan agensi itu.

Selain Betty, terdapat dakwaan bahawa ahli perniagaan yang rapat dengan Guan Eng, Phang Li Koon telah menjual banglo miliknya pada harga yang rendah itu telah di tahan SPRM sejak malam tadi.

Li Koon sebelum ini pernah didakwa atas kesalahan menjual banglonya kepada Guan Eng pada harga RM2.8 juta sedangkan nilai pasaran ketika itu ialah RM4.27 juta.

Ia sekaligus mencetuskan spekulasi kes banglo itu akan kembali ke mahkamah dengan ‘bukti baharu’.

Li Koon didakwa mempunyai kaitan dengan tugas-tugas rasmi Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang  pada 2015.

Guan Eng dituduh menyalahguna kuasa dengan meluluskan permohonan penukaran status tanah pertanian kepada kawasan perumahan awam Magnificient Emblem Sdn Bhd. yang dikaitkan dengan Li Koon.

Li Koon dituduh bersubahat dalam kes tersebut, bagaimanapun ketika perbicaraan sedang berjalan secara tiba-tiba Jabatan Peguam Negara membuat keputusan mengejutkan pada 2019.

Kedua-dua mereka di dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi dan  lebih mengejutkan apabila SPRM sendiri tampil mengeluarkan kenyataan bahawa suruhanjaya iyu ‘terkejut’ dengan keputusan tersebut.

Sementara itu, status terkini Li Koon dan Betty belum diketahui lagi.

Guan Eng yang dihadapkan ke Mahkamah Seksyen KL hari ini menghadapi pertuduhan meminta suapan sebanyak 10 peratus daripada projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion.

Setiausaha Agung DAP itu mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.

Ketika ditemui media di luar mahkamah, Guan Eng memberi bayangan dakwaan itu seperti rekaan untuk menjatuhkan reputasinya yang sentiasa berjuang memerangi rasuah.

Pada Isnin ini, Guan Eng akan di dakwa di Mahkamah Pulau Pinang dipercayai berkaitan projek terowong bawah dasar laut manakala Selasa di mahkamah sama beliau berkemungkinan menghadapi pertuduhan pembelian banglo itu. – MalaysiaGazette