KUALA LUMPUR – MARA menyerahkan kes seorang kakitangannya yang terlibat dengan salah laku pemberian rasuah bagi penjualan hartanah Dudley International House, Melbourne kepada MARA Inc. kepada pihak berkuasa.
Pengerusi MARA, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, pihaknya secara jelas mahu ia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pada tahun 2013 itu.
“Sejak kes ini dibangkitkan oleh pihak berkuasa Australia pada pertengahan 2015, SPRM, MARA dan MARA Inc telah memberikan sepenuh kerjasama dalam melakukan siasatan berkenaan isu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Azizah, MARA menghargai keprihatinan orang ramai serta pihak media berhubung isu yang sama.
“Bagaimanapun saya menyeru agar semua pihak memberi ruang kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya lagi.- MalaysiaGazette