KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti yang bakal ditubuhkan kelak akan menjadi kumpulan penentu kepada siapa yang akan mendapat kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15).
Beliau berkata, biarpun berada dalam pihak minoriti namun partinya itu akan dapat menjadi kuasa blok ketiga dalam arena politik negara.
“Kita harus bebas dan tidak terikat dengan sesiapa. Kita berbeza tapi bila kita bertanding kita tidak akan dapat kerusi yang cukup untuk menubuhkan kerajaan.
“Tetapi kumpulan kita yang akan tentukan siapa yang menang (PRU-15). Jika ada dua puak, kita akan tentukan permainan (game changer),” katanya.
Mahathir berkata demikian dalam ucapan sempena Wadah Perjuangan Baru Bersama Ayahanda Tun di Hotel Pullman hari ini.
Mahathir dan lima lagi pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilucutkan keahlian hari ini membuat sidang media dengan berkata akan membentuk parti baharu berteraskan Melayu dan Bumiputera.
Dalam pada itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula berkata, kerjasama dengan mana-mana pihak selepas PRU-15 akan bergantung kepada faktor kumpulan mana yang menolak kleptokrasi.
“Kita mesti kerjasama dengan satu pihak untuk wujudkan kerajaan. Jadi ketika itu kita boleh buat pilihan dengan siapa kita nak bekerjasama.
“Tapi apa pun, sesiapa yang kita nak kerjasama tidak boleh kleptokrasi dan kena ikut kita punya kehendak dan tidak mahu kerjasama dengan mana-mana pihak yang rasa akan bawa kerosakan kepada negara,” katanya selepas program tersebut.
Mukhriz bakal mengepalai parti baharu itu dan Mahathir akan bertindak sebagai pengerusi untuk parti baharu itu. – MalaysiaGazette
Cukup2 lah memecah belah kan bangsa melayu..
Dah cukup kaya..10kwturunan pun takkan habis duit kamu anak beranak..
cukup la tu atok madey… taubat la atok nie tinggal berapa jumaat je lagi nie…
Hahaha..nak jadi penentu kemenangan atau kekalahan parti lain? Sbb pasti sapa sapa yg Tun sokong pasni akan tumbang. Kecuali kerajaan diketuai abah Din.
Yes yey….akhirnya mukriz dpt jadi Presiden setelah beberapa Kali Cuba…Kita tengok mcm Mana jadinya parti ini…katanya anti kleptokrasi…jadi parti anak beranak n kroni…
Sembang lebih… Kamu anak beranak yg kedarah duit rakyat… Tiada siap lg nak undi kamu.. Tiada siapan dh nak mengkaya kan kamu anak beranak cucu cicit wahai mahathir…. Sprm tolong lah siasat hasil kekayaan cucu cicit mahathir ni
Penentu? Jangan sampai dah tentu tentu party Hatok Der koyak dan hilang Wang pertaruhan sudah. Berangan boleh tapi jangan merepek.
Hahaha selagi boboi tak jadi MB/menteri lgi..atok terus menongkat langit nak cari kuasa untuknya …
Atoklh tukang pecahkan orang melayu..banyak parti yang dicipta untuk capai nafsu sisaka tua. Orang bangang je yang masih tak nampak tu semua …
Ini baik utk kemaslahatan umat melayu islam..semakin bnyk parti2 meLayu maka semakin terbelalah ‘ketuanan melayu dinegara ini..tahniah Tun..geng semburit pun khabrnya nk tubuh parti jga..
MAHATHIR
BAPA PERPECAHAN MELAYU!
Segala penentu Allah, biar Dia tentukan.. agak2 bole ke lg dia nikan , tu pun bnyk yg tak betul..