KUALA LUMPUR – Datuk Zainuddin Yaacob dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa Isnin depan.
Zainuddin menggantikan Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad yang bersara wajib pada 28 Jun lepas.
Majlis serah terima tugas disaksikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman di sini hari ini.
Zainuddin sebelum ini merupakan Ketua Polis Kedah dan juga pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette