LONDON – Bekas pemain akademi Manchester United, Angel Gomes kini sah menjadi milik kelab Ligue 1, Lille.
Namun selepas menandatangani Gomes, Lille mempinjamkan pemain itu kepada kelab Portugal, Boavista pada musim depan.
Sebelum ini, pemain berusia 19 tahun itu enggan menandatangani lanjutan kontrak dengan United selepas tamat pada 30 Jun lalu.
Sementara itu, Gomes tidak bermain di Perancis terlebih dahulu kerana sudah terdapat perjanjian dengan Boavista yang akan meminjamnya selama satu musim.
Semasa di United, Gomes memegang rekod pemain termuda United selepas dia menyamai rekod Wayne Rooney yang melakukan aksi pada usia 16 tahun 263 hari.
Meskipun begitu di bawah pengurusan Ole Gunnar Solksjaer, Gomes tidak mendapat cukup peluang dengan pasukan utama United. – MalaysiaGazette