Home Utama Guan Eng akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini

Guan Eng akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang hadir untuk mengawal keadaan perkarangan Mahkamah untuk kes bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang akan didakwa atas tuduhan projek terowong bawah tanah Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion di Mahkamah Butterworth, Pulau Pinang. foto MOHD ADZLAN, 10 OGOS 2020.

BUTTERWORTH – Mahkamah Seksyen di sini hari menjadi tumpuan pelbagai pihak sejak awal pagi ini berikutan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan didakwa tidak lama lagi.

MalaysiaGazette difahamkan, Guan Eng akan didakwa tuduhan projek terowong bawah tanah Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion. Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Rata-rata wakil media yang hadir sudah sampai sekitar 6.30 pagi manakala polis mula tiba sekitar 7.30 pagi dengan bas dan juga kereta.

Keadaan sedikit sesak di luar mahkamah dan wakil media tidak pasti tentang pas yang disediakan untuk masuk prosiding memandangkan adanya garis panduan Covid-19.

Setakat ini tidak kelihatan sebarang kelibat pemimpin mahupun penyokong Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan itu.

Kelmarin, DAP Pulau Pinang meminta penyokong parti dan orang awam tidak berhimpun di luar Mahkamah Sesyen Butterworth semasa pendakwaan Guan Eng.

Ini bertujuan mengelak kemungkinan penularan Covid-19 dan kewujudan kluster baharu sekiranya himpunan orang ramai yang tidak mematuhi penjarakan fizikal dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

DAP Pulau Pinang Sabtu lepas juga melancarkan kempen ‘Solidariti dengan Lim Guan Eng’, sebagai platform untuk ahli, penyokong dan orang awam menunjukkan sokongan kepada Setiausaha Agung DAP itu.

Pada Jumaat, Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut itu.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahli Parlimen Bagan itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth pada Isnin dan Selasa ini bagi kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Manakala Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kes Guan Eng tidak akan menjejaskan proses membuat keputusan oleh kerajaan negeri mengenai projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion itu.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tak cukup tu tentu ada banyak lagi kesalahan yang dia buat. Patut dia dan keluarga buat lebih dari najib dan rosmah. Kalau tak ini tak adil.

Comments are closed.