Sebanyak 11 kes baharu telah dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 9,094 kes, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif kini dengan kebolehjangkitan adalah 166 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.