Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat tiga lagi kes positif telah dikesan dalam Kluster Kurau di Perak.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes positif itu telah dikenalpasti hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat kes positif kluster tersebut.