KUALA LUMPUR – Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim diingatkan agar tidak mencampuri hal ehwal politik negara termasuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbaur politik dan bertentangan dengan Perlembagaan negara.
Bekas Penyelaras Pakatan Harapan (PH) Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menasihatkan Tunku Ismail agar belajar menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagaimana rakyat dan semua pihak menghormati Sistem Raja Berperlembagaan di negara ini.
“Saya harap TMJ harus belajar dan berdisiplin untuk tidak mencampuri hal ehwal politik negara! Adalah sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan negara untuk beliau mencampuri mengenai isu-isu politik!
“Takkan TMJ tak faham Perlembagaan! Sungguh tidak tepat serta tidak molek untuk TMJ berterusan membuat kenyataan-kenyataan yang berbaur politik!
“Untuk pengetahuan TMJ, apa yang kami sedang usahakan ini adalah untuk kestabilan politik negara seterusnya membina Malaysia baharu demi kesejahteraan masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Tunku Ismail melalui laman Instagram miliknya, Tengku Ismail berkata, di saat negara ketika ini memerlukan kestabilan untuk memperbaiki ekonomi bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, terdapat pula kumpulan yang gilakan kuasa.
Meskipun tidak memetik secara jelas nama mana-mana pihak, tetapi perkara itu dituju kepada bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru sahaja mengumumkan penubuhan parti barunya.
“Rakyat tengah susah. Negara perlukan kestabilan untuk memperbaiki ekonomi supaya dapat membantu dan boleh mengurangkan beban rakyat.
“Semua dah kaya raya tetapi masih gila kuasa. Ada juga aku ‘backhand’ seorang-seorang,” katanya.
Dalam pada itu, Khairuddin juga mengingatkan Tunku Ismail bahawa apa yang sedang dilakukan pihaknya bersama Dr Mahathir melalui penubuhan parti baharunya itu untuk melawan semula unsur-unsur kleptokrasi yang sedang kembali dalam senario politik mutakhir tanah air.
“Budaya kleptokrasi wajib ditentang secara total dan tidak boleh dibiar untuk berakar semula! Jika ini berlaku semula keseluruhan institusi kenegaraan akan runtuh!
“Perjuangan kami adalah untuk menentang apa saja bentuk salah laku yang dilakukan tak kira oleh sesiapa pun! Sesiapa pun tak perlu ajar kami dalam hal ehwal politik! Sesungguhnya, kami adalah para pejuang tulen yang ingin selamatkan negara kita yang tercinta ini,” katanya.
Sementara itu, Majlis Raja-Raja Melayu harus menegur sikap Tunku Ismail yang sering kali suka membuat kenyataan-kenyataan politik dan secara tidak langsung mencampuri bidang yang tidak sepatutnya dicampuri pihak istana.
“Apa pun komen TMJ pada realitinya tidak terkesan langsung pada kami! Insya-Allah dengan izin Allah SWT kami akan teruskan perjuangan untuk menegakkan kebenaran demi masa depan bangsa serta negara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Dia ni biadap lah keluarkan larangan istana tak benarrkan dia masuk Negeri Johor Darul Takzim. Kita bangsa johor tak ingin memandang muka dia yang comot tu. Dia mengata raja kita. Biadap.
Baru 22 bulan memerintah dah bertimbun2 kes rasuah,nak hapuskan rasuah apa khairuddin ne,otak dah tak betul
Woii anjing tua..
Jangan kurang ajar pada raja2 n org melayu..
Ko n madir kutuk nak berajakan cina ko punya pasal..jangan ko usik n bangkitkan marah orang melayu kita
Kalau TMJ nak backhand panggil kami rakyat marhaen ni sama.. seronok jugak backhand suku sakat tak sedar diri ni i
Apa nak hairan khairudin ni kan balaci @ budak suruhan madey konon nak basmi kleptokrasi..anak2 madey kutty kaya raya dapat duit drp mana puiii..memang manusia x sedar diri gila kuasa..DAULAT TUANKU…
Bangsa Johor cuba berbahasa
Sopan sikit apabila hendak Komen-jgn sampai bahasa kan org anjing Gila pulak-itu bukan anak Johor jati-malukan bangsa Johor
‘ Maaf dari otai Johor’
Berapa Atuk bayar Sebulan Khairudin Oii. Dia punya Backup smpi lupa dia sedang Tegur Siapa. Lahanat Barua Atok ni. Kahak Ptuiii
Khairudin ni bukan ade ape pun… Si pembodek yang xdapat ape2 dari atuk…. Rakyat dah muak dgn penipuan atuk yang hanya nak mengkaya kan anak2 dan kroni2 terdekat.. Setakat kamu khairudin tukang jilat ja
Khairuddin Abu Hassan menasihatkan Tunku Ismail agar belajar menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagaimana rakyat dan semua pihak menghormati Sistem Raja Berperlembagaan di negara ini.
TMJ ada sebut sesiapa ke? TMJ nak backhand orang yang gila kuasa dan tidak mengambilkira kesusahan rakyat terutama dimasa covid19 Ni.
#PDRM perlu siasat penghasut ni daripada terus menjadi pengadu domba yang merosakkan.
Suruh mangkuk ni gi jual bedak sejuk jelah….
…anak didik madey!!
Kenyataan kurang bijak(bodo). Kalau raja tak masuk campur hal politik…lama dah Melayu kena jual. !!
Pendapat saya……sistem raja kita sebenarnyalah penstabilan kerajaan.