Home Ekonomi Harga tambang tiket penerbangan semakin stabil

Harga tambang tiket penerbangan semakin stabil

Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Ketidaktentuan dengan keadaan Covid-19 terus memberi cabaran kepada industri penerbangan namun harga tambang penerbangan dilihat semakin stabil.

Malah, permintaan bagi penerbangan juga lebih tinggi, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

Dengan usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak, berharap industri penerbangan akan dapat mengharungi waktu sukar dan mencabar ini, ketika negara sedang beransur pulih daripada kesan pandemik Covid-19.

Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), Datuk Seri Saripuddin Kassim dan membincangkan mengenai perkembangan terbaharu industri tersebut. – MalaysiaGazette