WASHINGTON – Calon Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menamakan Senator Kamala Harris sebagai pilihannya untuk jawatan Naib Presiden.
Dengan pengumuman itu, Harris, 55, akan menjadi wanita kulit hitam pertama berada dalam sejarah pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).
Beliau juga dilihat sebagai calon terbaik untuk Biden dalam berdepan dengan Presiden Donald Trump.
”Saya dengan bangga mahu mengumumkan bahawa telah memilih Kamala Harris sebagai regu saya,” kata Biden menerusi Twitter.
Dengan keresahan sosial terhadap ketidakadilan kaum dan kekejaman polis terhadap orang kulit hitam Amerika yang menggegarkan AS selama berbulan-bulan, Biden mengalami tekanan yang tinggi untuk memilih wanita kulit hitam sebagai pasangannya.
Harris juga akan muncul sebagai Asia-Amerika pertama dengan tiket saingan jawatan presiden.
Bekas Peguam Negara di California, Harris merupakan satu-satunya wanita kulit hitam kedua dalam Senat dalam setelah beliau terpilih pada tahun 2016, akan dipertaruhkan untuk mendapatkan undi dalam kalangan pengundi Afrika-Amerika.
Empat tahun yang lalu, undi pengundi kulit hitam menyaksikan penurunan kali pertama dalam tempoh 20 tahun hingga menyumbang kepada kekalahan calon Demokrat, Hillary Clinton kepada Trump.
Biden telah diselamatkan oleh pengundi kulit hitam dalam kempennya di Carolina SelatanĀ pada bulan Februari lalu, memerlukan sokongan kuat mereka untuk bersaing dengan Trump.
Ia juga menjadi penting di negari-negari seperti Michigan, Pennsylvania dan Wisconsin, yang mana Trump mendapat kemenangan dengan margin paling tipis pada tahun 2016.
Tetapi berdasarkan tinjauan pendapat, kedudukan Trump mendapat sokongan kukuh di negeri-negeri ini.
Undi daripada golongan kulit hitam juga merupakan harapan Biden untuk memenangi negara-negara selatan seperti Georgia dan Florida yang dilakukan Trump empat tahun lalu tetapi tinjauan pendapat menunjukkan akan menjadi kompetitif tahun ini.
Biden berkhidmat sebagai naib presiden selama lapan tahun di bawah Presiden Barack Obama, presiden kulit hitam pertama AS. – MalaysiaGazette