Home Politik Kalau wakil rakyat boleh dibeli, bilionair akan kuasai Malaysia – Mat Sabu

Kalau wakil rakyat boleh dibeli, bilionair akan kuasai Malaysia – Mat Sabu

Mohamad Sabu. foto IQBAL BASRI, 17 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) hari ini melahirkan rasa bimbang dengan perkembangan terkini mengenai politik negara.

Timbalan Presiden PH, Mohamad Sabu berkata, perkembangan semasa politik negara hari ini kemungkinan pihak luar campur tangan dalam pentadbiran negara dengan langkah membeli wakil rakyat yang akan menguasai Putrajaya.

“Yang lebih membimbangkan sekarang ini kalau wakil rakyat boleh dijual beli. Ada seorang bilionair daripada antarabangsa boleh menguasai Malaysia.

“Peruntukan untuk membeli seorang wakil rakyat katalah RM30 hingga RM40 juta, bagi seorang bilionair luar negara itu jumlah yang kecil.

“Hanya cukup mencari 112 orang wakil rakyat dia sudah dapat kuasai Malaysia. Tak kiralah sebelah kerajaan mahupun pembangkang.

“Ia membuka ruang kepada jual beli, ini yang bimbangkan kita yang mana laporan polis telah dibuat. Kalau ianya benar kita meletakkan Malaysia dalam keadaan yang merbahaya pada masa akan datang.

“Sebab pelobi-pelobi antarabangsa amat gemar untuk menguasai Ahli Parlimen dan seterusnya menguasai kerajaan. Inilah yang kita bimbang apabila mandat rakyat tidak dihormati,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Jelas beliau, sekiranya aktiviti jual beli wakil rakyat ini berkembang ia boleh memberikan kesan terhadap kestabilan politik negara.

“Kami sendiri melihat di Cameron Highlands, Tanjung Pia, Kimanis, PH kalah. Kami menjangkakan PRU akan datang kemungkinan PH kalah kerana trend rakyat sudah mula menolak PH. Kami berbincang dan berusaha bagaimana rakyat terus menyokong kami secara demokrasi.

“Tetapi bila diambil di tengah jalan sebegini rupa, secara pintu belakang payah kami nak terima sebab kita bukan dikalahkan oleh rakyat. Bagaimana pula penglihatan daripada pelabur asing,” katanya lagi.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu sebelum ini berkata, kejatuhan kerajaan PH pada Februari lalu sudah lama dirancang pihak-pihak tertentu.

Katanya lagi, perancangan menjatuhkan kerajaan PH itu turut membangkitkan isu perkauman termasuk mewujudkan kerajaan tanpa DAP.

Untuk rekod, ketidak tentuan politik Malaysia bermula apabila ‘Langkah Sheraton’ yang merujuk kepada keluarnya Bersatu dan sejumlah anggota parlimen PKR, diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, daripada PH untuk menubuhkan gabungan Perikatan Nasional bersama-sama UMNO, Pas, Gabungan Parti Sarawak dan beberapa parti kecil lain mengambil tempat.

Nama itu susulan Hotel Sheraton Petaling Jaya yang menjadi tempat perkumpulan para anggota parlimen terlibat, pada 23 Februari. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. kalau negara membenarkan sistem wakil rakyat boleh dijual beli. tak payah lah adakan undian. setiap lima tahun bayar je lah pada rakyat terus beberapa ribu seorang macam najib tubuh felda global dulu. peneroka dibayar 15,000 satu keluarga. kemudian global pun lahirlah. kalau ada yang bangkang itu anak haram jadah lah tu. sekarang peneroka dah jadi jutawan semuanya hasil global. sampai makan meggi pun ada terlajak kaya. dah jemu makan nasi udang galah.

  2. Tanyalah atok abang mat duit yang dibelanjakan atok untuk membeli ahli Bersatu untuk keluaf parti.

  3. Kamu ni baik dok diam2 je sabu..
    Apa yg keluar dr mulut kamu tu semua penipuan dan yg penting nye ia menunjukkan betapa besarnye kebodohan kamu.
    Dah berapa parti ko lompat..
    Tak salah jika gelaran Bapak lompat tu diberi pd kamu

Comments are closed.