
MEXICO CITY – Kementerian Kesihatan Mexico melaporkan sejumlah 5,858 kes baharu jangkitan covid-19 dan 737 kes lagi membabitkan kematian.
Angka itu sekali gus menambah bilangan kes jangkitan dan kematian di Mexico, masing-masing sebanyak 498,380 dan 54,666.
Namun, kerajaan yakin jumlah sebenar jangkitan Covid-19 lebih tinggi berbanding kes-kes yang disahkan, katanya. – MalaysiaGazette