KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Maszlee Malik berkata tindakan wakil Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di ‘boo’ pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak merupakan sesuatu yang terpaksa dibayar oleh parti itu.
Dalam satu entri di Twitternya, Maszlee dilihat mempersoalkan adakah itu harga sebuah kerjasama politik yang dibawa oleh parti pimpinan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Harga sebuah ‘perikatan’?, katanya ringkas.
Maszlee berkata demikian memetik satu laporan media yang melaporkan Armada diperlakukan dengan layanan yang kurang menyenangkan pada majlis pelancaran jentera Pemuda BN untuk pilihan raya kecil ini tengah hari tadi.
Semuanya bermula apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyebut Bersatu sekarang berhasrat secara rasmi menyertai Muafakat Nasional, gabungan UMNO dan Pas.
Ia kemudiannya disambut dengan sorakan “boo” oleh penyokong BN di Dewan Rajawali Felda Residence Trolak, hari ini.
Ketika itu, tiga wakil Armada, termasuk Ketua Pemuda Bersatu Perak Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh, berada di atas pentas ketika Zahid menyampaikan ucapannya. – MalaysiaGazette
sekor lg balaci atok
Pooodaaahhh 22 bulan ko jd menteri tol Simpang Renggam ko tak hapuskan…kaki pembohong besar Mazlee ni
Dia ni ke PENIPU kata nak hapus tol dahulu?
Jgnlah jeles simpang renggam.yb yg tolak rezeki menjadi pengerusi dlm GLC.Sekarang harapkan elaun ahli parlimen sahajalah.sudahlah pencen dari kerajaan tidak dapat semada di UIAM kerana letak jawatan menjadi calon wakil rakyat pru14.mujur dilantik sebagai menteri itupun tak sampai sepenggal.nasiblah nasib.
MasLee very disappointing, new in politic, educated but saying the wrong things all the time. Now moving with a party led by person already expiery date, with no ckear cut direction or
Agenda. As such he is also label as lost cause, a pity and wasted talent.
Pk juga apa yg kau kena bayar atas persundalan memecah belah orang melayu…