Home Seni Hidup Kanser merebak ke hati, Abu Bakar Juah meninggal dunia

Kanser merebak ke hati, Abu Bakar Juah meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Abu Bakar Juah meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam jam 6.35 petang hari ini.

Pemergiannya berpunca daripada kanser hati disahkan oleh anak ketiga Allahyarham, Safinas Abu Bakar.

Allahyarham, 72 sebelum ini dilaporkan tenat sejak lebih dua minggu lalu.

Sebelum ini, pelakon filem Matinya Seorang Patriot dan Dukun itu disahkan menghidap kanser usus pada 2016.

Selepas menjalani 12 pusingan kimoterapi, doktor mengesahkan pelakon veteran itu bebas daripada kanser.

Pada awal tahun ini, doktor mengesahkan penyakit kansernya kembali menyerang dan merebak ke hati.

Abu Bakar Juah meninggalkan balu Rusidah Mohd Yassin yang dikahwininya sejak 1980 dan empat anak selain seorang cucu.-MalaysiaGazette