TERKINI : Datuk Bandar Shah Alam Tidak Akan Lindungi Pegawai Yang Bersalah

SHAH ALAM – Kesemua kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melindungi premis perniagaan haram dan pusat perjudian digantung tugas serta merta.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata, tindakan berkenaan merupakan kelaziman yang diambil oleh mana-mana jabatan termasuk MBSA bagi memberi laluan kepada SPRM menjalankan siasatan.