KUALA LUMPUR – Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Muafakat Nasional (MN) yang akan dimuktamadkan tidak lama lagi perlu difahami kerana ada yang tersurat dan tersirat.
Bersatu yang sedang mengalami perpecahan dalaman, satu krisis keyakinan terhadap kepimpinan tertingginya dan akan menyertai MN, itu yang tersurat.
Alasan Tan Sri Muhyiddin Yassin Bersatu mahu bersama MN berasaskan kepada dukungan MN kepada Perikatan Nasional (PN) sebagai grand coaliton (gabungan besar) – ini juga tersurat.
Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad berkata, pada Bersatu, gabungan besar bukanlah MNa tetapi PN.
Penyertaan Bersatu dalam MN akan menjadikan PN pula sebagai suatu gabungan besar.
Sedangkan PN ini adalah sebuah gabungan Ahli-Ahli Parlimen dalam satu pemerintahan manakala MN pula ialah suatu pemerintahan dua buah parti, iaitu UMNO dan Pas yang mempunyai berbagai jawatankuasa bersama di peringkat nasional, negeri hingga ke bahagian-bahagian UMNO dan kawasan-kawasan Pas,
”Alih-alih PN juga dikatakan sebagai “the Grand Coaliton”.
”TS Muhyiddin bercakap sebagai ketua PPBM. Dah betul lah itu. Dia tidak bercakap sebagai Perdana Menteri “kerajaan PN” kerana gabungan Ahli-Ahli Parlimen hanya menyertai MN melalui parti masing-masing.
”Dalam PRU nanti, MN bertanding pun sebagai calon parti dengan lambang parti masing-masing dan dielakkan pertembunga, di mana boleh di antara BN dengan Pas. Ini pun persefahaman secara dasar kerana adanya negeri yang masih sukar membentuk persefahaman itu,” katanya.
Sedangkan penerimaan Barisan Nasional (BN) terhadap wakil-wakil rakyat Bersatu masih tetap tidak ‘total’, sungguhpun adanya Kerajaan PN. UMNO dan BN tidak bersetuju kawasan yang dimenangi calon Bersatu ditandingi pula oleh calon parti itu pada PRU-15.
Soalnya adakah ia tersirat kerana sehingga kini, tidak berlaku persefahaman di antara Bersatu dengan BN seperti sudah ada persefahaman kerja BN (melalui UMNO) dengan Pas.
Kata Shahrir, PN ialah satu kerajaan ‘gabungan; sementara adanya Parlimen ke-14 dan harapan tersirat Bersatu untuk mengekalkan kerusi-kerusi Parlimen dan negeri pada PRU-15 melalui penyertaannya dalam MN tidak mudah diterima oleh akar umbi UMNO dan BN.
Tambahnya, PN sebagai suatu ‘Grand Coalition’ bukanlah menepati kehendak akar umbi UMNO dan BN.
PN setakat hayat Parlimen ke-14 dan pada PRU 15, sudah tidak ada PN tapi adanya permuafakatan politik berasas kepada Piagam Muafakat Nasional, ujarnya. – MalaysiaGazette
betul Tok,hati yg tersirat Bungaraya sdg layu layuan
Coalition yg merugikan.
Kawasan melayu di parlimen dan Dun terhad kerana ianya dipecahkan oleh BN masa memerintah berdasarkan kepada taburan kaum dan pengundi. Belum lg kawasan tradisi yg diserahkan kpd mca dan mic walaupun kawasan majoriti Melayu.
So mcm mana bentuk perkongsian yg boleh dikatakan Win-Win ni?
bersatu sedar dia semakin menyepi dalam pn. pn pun semakin hilang ditelan zaman. inilah petunjuk hasil kecurangan tidak membawa berkat pada negara. walau sedaya upaya muhyidin membuat kebaikan. berkhidmat untok rakyat dia tetap tidak berkat. kerajaan ini hanya dendam parti yang kalah untok jatuhkan kerajaa. apabila cita2 tercapai mereka bertempiaran melarikan diri. yang menjadi tokoh dalam kecurangan ini akan terima balasan nanti