Home Dunia Gempa bumi 6.6 skala Richter melanda Filipina

Gempa bumi 6.6 skala Richter melanda Filipina

Gempa dasar laut yang kuat telah melanda utara New Zealand dan dikhuatiri berlaku tsunami di wilayah tersebut.- Gambar hiasan.

MANILA – Gempa berkekuatan dengan kekuatan 6.6 skala Richter melanda wilayah Samar di timur Filipina, kata Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC).

Bencana itu merosakkan beberapa rumah dan harta benda di sebuah komuniti pesisir.

Agensi seismologi Filipina menyatakan tidak ada risiko tsunami tetapi memberi amaran mengenai risiko gempa susulan.

“Kemungkinan gempa susulan yang lebih kuat tidak dapat diabaikan,” kata ketua agensi Renato Solidum kepada stesen radio dZMM.

Gempa itu melanda pada kedalaman 30 kilometer, kata EMS

Meskipun tiada laporan kerosakan, tetapi seorang lelaki, Rodrigo Gonhuran mendakwa gegaran sangat kuat dirasai di kawasan tersebut.

“Kabinet dan semua barangan rumah jatuh. Rumah jiran saya retak dan ada yang runtuh,” katanya yang tinggal di bandar Cataingan yang memiliki 50,000 penduduk.