
MILAN – Inter Milan melangkah ke perlawanan akhir Liga Europa selepas menjinakkan lawannnya, Shakhtar Donetsk 5-0.
Pada aksi separuh akhir di stadium neutral awal pagi tadi, Romelu Lukaku dan Lautaro Martinez masing-masing menjaringkan dua gol.
Pada pentas akhir, Inter akan berdepan Sevilla yang menundukkan Manchester United 2-1 pada Ahad lalu.
Selepas gagal merangkul gelaran Serie A musim ini, Inter berpeluang menebus kekecewaan itu dengan menjuarai gelaran pertama Liga Europa. – MalaysiaGazette