SLIM RIVER – Baru memasuki hari keempat Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, calon Barisan Nasional, Mohd. Zaidi Aziz berkata, kempen pilihan raya yang digerakkannya sudah meliputi 60 peratus.
Timbalan Ketua Bahagian Tanjung Malim itu berkata, beliau juga sudah melawat sebanyak 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM) pada tempoh sama.
Jelas usahawan itu, jentera kempennya kini mampu meliputi 100 peratus dalam masa terdekat ini.
“Saya sudah pergi 13 PDM dan sebanyak 60 peratus sudah bertemu pengundi serta selepas ini Kelah Bharu ke Pekan Lama Slim boleh cecah 90 peratus.
“Saya yakin pada hari kelima jentera kempen boleh meliputi 100 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas berkempen di Kampung Klah Baru di sini hari ini.
Mohd. Zaidi menambah, jentera kempen merancang untuk bertemu pengundi bagi meraih undi sebanyak tiga kali sebelum 28 Ogos ini.
Menurutnya, kehadiran pemimpin parti dari luar untuk datang membantu berkempen amat dialukan namun beliau terpaksa memastikan tidak bertembung dengan jadual jenteranya.
“Saya cadang akan pergi tiga kali sebelum sampai 28 Ogos nanti. Ahli Parlimen, Majlis tertinggi atau menteri bebas datang ke sini dan kalau waktu saya kelapangan, saya akan ikut sekali.
“Tapi yang utama, jadual saya bersama pemimpin lain agak terbatas sedikit. Macam hari kempat boleh berkempen sehingga 90 sudah cukup baik. Makna saya sudah ada sasaran dalam tempoh fasa 14 hari,” katanya. – MalaysiaGazette
Tak nampak pula jentera pati Atuk dan Boboy aka Pejuang berkempen?
Apakah sudah terlalu yakin akan menang besar?