TERKINI : Kes Baharu COVID19 Kembali Satu Angka – Dr. Noor Hisham

Kes jangkitan baharu penularan Covid-19 di dalam negara kembali merekodkan satu angka iaitu tujuh kes setakat 12 tengahari pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif pendemik itu di negara ini adalah 9,219 kes.