JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga tempatan ditahan kerana dipercayai memasang Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah premis di Jalan Lee Ah Leng, Taman Nasib, Kluang, dua hari lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata wanita berumur 55 tahun itu, yang juga pemilik premis berkenaan ditahan susulan satu laporan polis yang dibuat pada hari sama.
“Hasil siasatan mendapati premis ini menjalankan perniagaan kedai makan sejak tahun 2017 hingga hujung Disember 2019 dan tidak lagi beroperasi sejak Januari tahun ini.
Ayob Khan berkata turut dirampas adalah sehelai Jalur Gemilang.
Menurut beliau, suspek akan didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Lambang & Nama (Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2017 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa menjaga kedaulatan dan keamanan negara dan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang.
— BERNAMA
IPOH: Exco kerajaan Negeri Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata tiada undang-undang yang menyatakan memasang Jalur Gemilang secara terbalik merupakan satu kesalahan.
Betul ke?
Jadi betul, kenapa nak diLEPASKAN PELUANG MENGHINA ini? Peluang sudah terbuka luas?
Nampak gaya betina yg pasang bendera terbalik tu bermata sepek.
“Exco kerajaan Negeri Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata tiada undang-undang yang menyatakan memasang Jalur Gemilang secara terbalik merupakan satu kesalahan.”
lawan di mahkamah.. kalau menang saman balik.. susah apa.. hahahahha..kecuali ia di lakukan dengan niat menghina..